WEDDING STUFF : 10 Idea Hadiah untuk Pasangan Pengantin
Anda sedang berfikir tentang hadiah yang sesuai untuk kawan anda yang bakal berkahwin? Kami sediakan 10 idea untuk anda.
#1: Set kutleri
#2: Buku resipi
Sesuai untuk rakan anda yang baru hendak belajar memasak.
#3: Mug Superhero
Kawan anda peminat Batman/Superman/Wonder Woman/lain-lain? Hadiahkan rakan anda sepasang mug untuknya dan pasangan.
#4: 'Baju Couple'
Baju couple yang dimaksudkan bukanlah baju T couple seperti dipakai pasangan remaja zaman sekarang. Jika bajet anda banyak, beli kemeja yang ada versi perempuan dan lelaki, jika tiada bajet, memadailah dengan 'Statement t-shirt' yang ada tertera 'Just Married' atau 'Wifey/Hubby'.
#5: Kad baucar Tesco/AEON BiG/mana-mana pasar raya
Tentunya pasangan yang baru berkahwin ada senarai barangan runcit yang panjang untuk melengkapkan dapur baru mereka. Berikan mereka baucar pasar raya untuk meringankan beban di bahu mereka.
#6: Sepasang tiket untuk apa-apa
Belanja rakan anda dan pasangannya untuk menikmati apa-apa yang menyeronokkan mereka bersama-sama. Daripada aktiviti mewah (water hoverboarding misalnya) hinggalah aktiviti yang agak biasa (tiket wayang).
#7: Set DVD/Blu-Ray
Pasangan pengantin baru memang jarang keluar rumah. Jika rakan anda peminat setia mana-mana rancangan bersiri, belikannya set DVD/Blu-Ray untuk rakan anda tonton bersama pasangannya.
#8: Rice Cooker
Anda tidak perlu beli yang besar pun. Cukuplah sekadar sebesar 1.2 liter. Lagipun, rakan anda sekarang baru berdua.
Sumber: ikahwin
#9: Papan Potong
Papan potong ini akan sangat membantu kawan anda buat kerja-kerja didaput. Percayalah!
#10: Duit!
Mesti kawan anda akan sangat seronok kalau hadiahnya berupa duit. Ya, duit. Pasangan baru berkahwin memang mengalu-alukan hadiah berbentuk wang.
p/s: Mahu doorgift untuk majlis anda, boleh terus ke sini. :)
No comments:
Post a Comment