Thursday, June 25, 2015

Parenting :10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu.

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
 
 3. Minum Banyak Air
 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu 
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.
6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza.
8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama 
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

Thursday, June 18, 2015

WEDDING STUFF : Memilih Perkhidmatan Katering

Kualiti makanan untuk tetamu perlu diutamakan. Harga dan latar belakang tetamu turut menjadi salah satu faktor pemilihan katerer.
'Dari rasa, terkesan ke riak wajah'. Begitulah impak hidangan menu makanan kepada tetamu yang hadir ke majlis anda. Jika lazat, maka senyum yang lebar dapat di lihat. Jika tidak sedap, maka kata-kata yang kurang senang bakal didengari. Kenalilah cara menawan hati para tetamu undangan anda dengan masakan istimewa.
Panduan:
1. Dapat khidmat nasihat berkaitan kateringKebanyakan katering akan serta sekali dengan pakej perkahwinan yang anda tempah melalui juru runding perkahwinan. Oleh itu, langkah awal sebelum menempah, ketahui latar belakang katering tersebut dan seramai mana pelanggan yang berpuas hati dengan hasil persembahan mereka di hari persandingan.
Tip : Sekiranya tidak ramai pelanggan yang menempah, ini bermaksud masakan daripada katerer tersebut tidak begitu baik dan tidak sedap.
2. Ketahui bajet yang sesuai dengan menu makananBajet katering sudah pasti menjangkaui puluhan ribu ringgit sekiranya jemputan melebihi 500 orang ramainya. Sebelum membuat tempahan, anda boleh menyenaraikan menu makanan pilihan untuk majlis yang akan diadakan. Langkah terbaik, penawaran harga perlu dibuat agar anda tidak membayar menu makanan terlalu mahal.
Tip : Dapatkan khidmat nasihat rakan yang pernah mengambil tempahan dengan katerer yang anda pilih, dan berhati-hati dengan pakej murah yang disediakan mereka. Ini kerana kebanyakannya, murah pada harga dan murah pada kualiti rasa menu hidangan.
3. Mencuba rasa menu makananPada saat anda membuat tempahan katering, mintalah pihak mereka menyediakan satu set hidangan yang dipilih untuk dirasa dalam tempoh seminggu. Sekiranya selepas anda merasa dan tidak berpuas hati dengan masakan katering tersebut, beri tahu kekurangan hidangan mereka dan berikan pendapat. Sekiranya anda tidak suka, boleh juga meminta untuk dibatalkan tempahan, sebelum terlewat.
Tip : Pastikan anda tidak membuat apa-apa bayaran sebelum mengesahkan kepuasan hati terhadap hasil hidangan yang diberi. Berbincanglah secara baik dengan pihak katering agar permintaan anda dapat direalisasikan.
4. Membuat tempahan menu tambahan
Tempahan tambahan seperti manisan, buahan koktel boleh ditempah oleh cheflain atau dengan meminta bantuan sanak saudara sahaja. Selain menjimatkan kos perbelanjaan, anda juga akan berpuas hati dengan rasa dan hasilnya.
5. Mengambil tahu latar belakang tetamu jemputan
Siapakah tetamu jemputan anda? Adakah ramai di antara mereka terdiri daripada kaum veteran yang tidak boleh makan sembarangan? Langkah terbaik, minta pihak katering menyediakan nasi putih disamping nasi minyak atau beriyani yang menjadi hidangan utama. Anda perlu tahu, sesetengah orang sangat alergi kepada nasi minyak dan beriyani.
Hari yang dinanti semakin menggamit tiba. Debaran rasa semakin meningkat terasa. Penuh pengharapan, hidangan dapat mencuri tumpuan tetamu undangan. Senyuman manis menjadi iringan kepada sang ratu dan raja sehari, memahat nostalgia indah memori perkahwinan kasih sejati.
Sumber : Pesona Pengantin
Sumber : Ikahwin.com

ALAM PERKAHWINAN: 12 Cara Memikat Isteri

Pastinya anda sudah cukup hebat di mata isteri anda. Kami senaraikan beberapa perkara kecil lagi yang anda mungkin terlepas pandang.

Foto: picturexplore.com
#1: Rakan yang baik
Sebab pasangan yang baik, juga adalah rakan yang baik.
Foto: dubaichronicle.com
#2: Kekasih
Sebab hanya kerana anda sudah berkahwin, tidak bermaksud anda perlu berhenti menjadi romantis. Bak kata orang, 'Marriage is just the beginning of a romance'.
#3: Stylist
Tidaklah susah sangat. Hanya kata 'Ya' atau 'Tidak' pada pilihan baju yang isteri anda tunjukkan ketika bersiap. 
Tips: Jangan jawab dengan "Apa-apalah." atau "Mana saya tahu." Big mistake!
#4: Pendengar yang baik
Dengar sajalah apa apa yang isteri anda ingin katakan. Beliau boleh cerita pada orang lain, namun beliau mahu kongsikan dengan anda juga. Anggap saja anda insan terpilih.
#5: Pembersih
Isteri anda tidaklah punyai standard jangkaan yang tinggi untuk bab ini. 
Sidai balik tuala selepas mandi, masukkan baju kotor dalam bakul (dan bukannya biarkan berlingkar di atas lantai), lap jika anda ada tertumpahkan apa-apa, buang sampah dalam bakul sampah, bukannya atas lantai dan mungkin juga bersihkan sink selepas mencukur janggut anda. 
Isteri anda bukanlah pembantu rumah anda. Ini hanyalah minimal berbanding jangkaan yang anda ada terhadap insteri anda, bukan?
#6: Beri perhatian
Jika isteri anda tanya,"Abang perasan 'something new' tak kat saya?"Memanglah ada 'something new' pada isteri anda. 
Jika bukan rambut, baju. Jika bukan baju, make up. Jika semua pun bukan, minta 'hint'. 
Jika masih salah, minta jawapan dan beritahunya, "Patutlah makin cantik."Ringkas dan selamat. 
Foto: worshiphousemedia.com
#7: Gagah
Anda tidak perlu segagah Superman atau sekaya Batman. Cukuplah dengan sifat melindungi dalam diri anda itu untuk buat isteri anda berasa seperti anda superhero peribadinya. Kadang kala, tunjuk sedikit sifat anda ini apabila perlu. Biar isteri anda berasa selamat dan tenteram.
#8: Bijak
Tidak semestinya anda perlu pintar di atas kertas ujian. Pintar yang dimaksudkan adalah, berfikir sebelum berkata-kata dan membuat keputusan. Ramai lelaki apabila marah bercakap tanpa memikirkan akibatnya. Jika marah bagaimanapun, anda tentunya tidak mahu melukakan hati pasangan anda bukan? Lagipun, marah adalah untuk mendidik, bukannya untuk mengungkit dan mencalarkan hati isteri anda, wanita yang anda sepatutnya belai dengan kasih sayang dan bukannya kata-kata nista. Jadi, sebelum berkata-kata, fikir dengan bijak.
#9: Jujur
Tidak ada sebab anda perlu berbohong kepada isteri anda melainkan anda mahu membuat 'surprise' untuknya. Berlaku jujurlah kepada isteri anda. Jika anda rasa anda perlu menyembunyikan sesuatu daripada isteri anda, perkara yang anda perlu sembunyikan itu berkemungkinan salah, dan anda sendiri tahu, ia salah.
Foto: wga.com
#10: Ingat tarikh penting
Ya. Anda mungkin sibuk dengan tugasan pejabat dan selalu 'outstation' Namun, sampai bila anda mahu menggunakan alasan ini? Cari penawar untuk alasan-alasan anda ini. Gunakan 'smartphone' anda. Buat satu 'reminder' seminggu sebelum tarikh asal untuk membuat perancangan awal dan satu lagi 'reminder' beberapa minit sebelum detik 12 malam tarikh penting anda. 'Outstation'? Hantar bunga ke tempat kerja isteri anda pun sudah memadai. Jangan lupa telefon isteri anda juga. 
Foto: halaqahmuslim.wordpress.com
#11: Beragama
Anda memasuki 'halal-hood' bersama dengan tujuan untuk ke syurga juga bersama. Pimpinlah isteri anda ke arah itu. Jika anda berdua masih di peringkat permulaan dalam mendekati agama, pergilah melalui perjalanan ini bersama.
Foto: keepcalm-o-matic.co.uk
#12: Setia
Dari kasih sayang, lahir kesetiaan. Anda pernah dengar lagu Sam Smith, I'm Not The Only One? Anda selalu rasa isteri anda tidak mengetahui jika ada yang tidak kena dengan diri anda, but she knows! She always knows! Walaupun mungkin sekarang isteri anda tidak tahu, lambat laun, beliau akan tahu juga. Mana-mana insan yang teraniaya selalu ada deria keenam (sixth sense). Sebelum anda bercadang untuk curang, fikir masak-masak. Tiada siapa patut dibelot. Apatah lagi oleh suaminya sendiri.
. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar

Tuesday, June 16, 2015

Persiapan Perkahwinan : 18 Checklist Perkahwinan Persediaan 6 Bulan



Masa ada 6 bulan lagi tapi tidak tahu mana yang perlu dibuat dulu? Jangan tambahkan pening kepala anda. Kami kongsikan checklist berguna (:

1. Daftar kursus kawin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.
2. Tetapkan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah pihak. Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja yang agak lama kerana terdapat kenduri untuk dua belah pihak.
3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.
4. Tentukan tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada orang tua kita untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin.
5. Medical check-up (HIV) test . Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.


6. Beli barangan hantaran. Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain.
7. Cari/Survey souvenir dan bunga telur. Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau muda.
8. Gubah barang hantaran. Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan ayang digantung di luar rumah. Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?

9. Tempah juru nikah atau tok kadi. Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.
10. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu. Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan. Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput, maka lagi tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.
11. Tempah atau cetak kad jemputan. Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.


12. Tempah pelamin idaman anda.


13. Tempah Juru solek atau mak andam. Semakin ramai juru solek yang ada di Malaysia. Anda perlu menempah juru solek atau mak andam kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya nama anda dimasukkan kedalam 'makeup booking list' mereka.
14. Pilih busana pengantin.
15. Selesaikan urusan menempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi dan catering. Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering, anda perlu membuat 'food test' dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan masakan mereka. Bagi tempahan khemah, anda boleh mula membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka.


sumber: ikahwin
16. Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. Proses pencarian jurugambar agak lama. Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak. Sekiranya anda mahu jurugambar yang murah, anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi.
17. Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band. Untuk memeriahkan majlis, anda digalakan untuk menempak servis-servis ini sekali gus menghiburkan hati tetamu yang datang. Sekarang makin banyak pengantin yang menggunakan atau menempah set karaoke, khas untuk tetamu yang dijemput agar bergembira di majlis mereka.
18. Tempah atau cetak banting atau signage. Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi, kemana arah sepatutnya mereka parking. Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab talifon sekiranya ada tetamuyang sesat mencari lokasi majlis.


3 LANGKAH KURUS SEBELUM KAHWIN DALAM 7 HARI



ANDA G.E.M.U.K ?

G.E.M.U.K. Ejaan lima huruf ini memang ditakuti oleh wanita. MENAKUTKAN. Sekarang, bukan takat wanita, lelaki pun dah ambil berat tentang ukur lilit pinggang mereka. Ukur lilit pinggang bukan saja beri kesan pada kesihatan, malah beri kesan pada panjang pendek jangka hayat.

Dah cuba macam-macam produk, tapi yang ni memang lain dari yang biasa. Cuma guna cuka epal sahaja. Kalau biasa orang makan macam-macam pil nak kurus, makan itulah inilah yang mungkin dalam diam kita sendiri tak tahu akan bagi kesan buruk terutamanya buah pinggang. BUAH PINGGANG tau! Lepastu, kita sendiri pun tak pasti yang ubat kurus yang kita makan tu betul-betul original atau yang kat jual kat kedai jamu tu pun FAKE punya.

Meh, kami nak bagitau yang 100% NATURAL punya. Tak payah susah-susah korang nak membazirkan duit dengan ubat kurus yang dah la mahal, lepastu belum tentu sah. Mudah, ambil saja 100% NATURAL CUKA EPAL. Nampak kesan seawal 7HARI.

Caranya:

1. Ambil 2 sudu cuka epal kedalam air putih biasa. Tak perlu air panas atau suam pun.
2. Bagi kurangkan rasa masam, campur sesudu madu.
3. Niat nak kurus kerana Allah : saya nak sihat dan turun berat kerana Allah.
3. Ambil sebelum Sahur dan Selepas berbuka/Sebelum tidur.
Murah je cuma RM50 Sebotol. Kalau sebotol ni boleh juga tahan dalam 30 hari. Takat makan 4 sudu, rasanya boleh bawak sampai sebulan lebih.

Kalau nak order online Cuka Epal ni boleh pi kat link ni :

Khasiat Cuka Epal:

Kalau nak tahu, cuka epal ini memBERSIHkan TOKSIN YANG TERSUMBAT di dalam peredaran darah. Toksin ini lah yang menjadi penyebab sakit jantung, darah tinggi, dan peningkatan kolestrol dalam darah.

Kedua, CUKA EPAL BOLEH MEMECAHKAN LEMAK. Haaa, ini yang kita nak dengar. Bila dah pecah lemak, secara tak langsung boleh membantu kepada PENURUNAN BERAT BADAN.

Ketiga, cuka epal juga membantu mencantikkan kulit, membantu mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.

Seterusnya, cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit

Banyak sangatlah bagusnya. Bukan susah sangat pun kan, dah 100% Natural Cuka Epal ini.
Testimoni Cuka Epal: http://on.fb.me/1R3s2lW
Untuk mendapatkan cuka epal ini secara online, boleh hubungi kami di talian sms/whatsapp 0196150599.




ALAM PERKAHWINAN: Lamar Si Gadis Kerana Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Sikapnya

Nota Editor: Kisah perkahwinan sweet ini dipetik dari  Facebook Yusof Hadhari yang telah berkongsi bagaimana beliau jatuh cinta kali pertama dengan isterinya. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari pengantin baru ini. Didoakan semoga pasangan Yusof dan Zawani ini kekal bahagia dan sentiasa saling menyayangi hingga ke syurga.


Suatu hari, aku bertanya kepada guru.
Aku: “Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?”
Guru : “Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang!”
Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa.
Lalu Guru bertanya : “Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?”
Aku : “Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi!”
Sambil tersenyum, Guru berkata : “Ya, itulah hidup. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.”
Pertemuaan yang tidak pernah disangka. Itulah jodoh.
Aku bertemu pertama kali dengan isteri pada Disember 2014, pada asalnya kerana urusan kerja. Berbincang pasal design buku baru keluaran syarikatnya.
Mungkin watak slumber bersahaja dia, menarik perhatian aku. Memang aku tidak nafikan ada yang aku kenal sebelum daripada ini, tapi nak jumpa “pakej” macam isteri aku ni mungkin susah. Kalau hangpa laki la jumpa wanita yang jujur dan tidak mudah beremosi, jangan lepaskan dia.
Aku berfikir panjang nak melamar, dalam hati… “dia ni kenai aku pun tak, tiba-tiba nak melamar”. Memang hati kering ja aku waktu tu. Sebelum melamar dia aku pernah mimpi dia beberapa kali, mimpi yang sama. Mungkin petunjuk yang kuat untuk aku. Aku whatsapp cakap aku suka dia, nak melamar. Memang kalau fikir macam kelakar pun ada, tapi itu la ceritanya.
Dia balas, ” saya tanya family dulu”. Aku melamar dia dekat hujung-hujung Januari 2015. Selang dalam 2 minggu macam tu. Bulan Februari 2015, dia mesej “terima.”

Suatu hari, aku bertanya kepada guru.
Aku: “Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?”
Guru : “Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang!”
Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa.
Lalu Guru bertanya : “Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?”
Aku : “Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi!”
Sambil tersenyum, Guru berkata : “Ya, itulah hidup. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.”
Pertemuaan yang tidak pernah disangka. Itulah jodoh.
Aku bertemu pertama kali dengan isteri pada Disember 2014, pada asalnya kerana urusan kerja. Berbincang pasal design buku baru keluaran syarikatnya.
Mungkin watak slumber bersahaja dia, menarik perhatian aku. Memang aku tidak nafikan ada yang aku kenal sebelum daripada ini, tapi nak jumpa “pakej” macam isteri aku ni mungkin susah. Kalau hangpa laki la jumpa wanita yang jujur dan tidak mudah beremosi, jangan lepaskan dia.
Aku berfikir panjang nak melamar, dalam hati… “dia ni kenai aku pun tak, tiba-tiba nak melamar”. Memang hati kering ja aku waktu tu. Sebelum melamar dia aku pernah mimpi dia beberapa kali, mimpi yang sama. Mungkin petunjuk yang kuat untuk aku. Aku whatsapp cakap aku suka dia, nak melamar. Memang kalau fikir macam kelakar pun ada, tapi itu la ceritanya.
Dia balas, ” saya tanya family dulu”. Aku melamar dia dekat hujung-hujung Januari 2015. Selang dalam 2 minggu macam tu. Bulan Februari 2015, dia mesej “terima.”
Mac 2015 family aku masuk merisik dan kami bertunang pada awal Mei 2015. Mungkin tak banyak masa nak kenal sangat mendalam antara satu sama lain. Aku yakin dengan keputusan aku, dan dia pun yakin dengan keputusan dia.
Kami nikah pada 12 Jun 2015. Perkenalan yang sangat singkat, sampai aku tak sempat tau makanan kegemaran dia apa, sebab aku rasa semua benda dia makan haha. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami, dulu pernah fikir boleh ke ni, bertunang tak sampai sebulan terus nikah.
Betul orang cakap, cinta selepas nikah itu jauh lebih indah. Mengajar kita untuk menerima kekurangan masing-masing dan yang penting kita akan lebih bertanggugjawab dengan perasaan cinta itu.
Aku tanya isteri aku.
Aku : Dulu bagitau family macam mana, yang saya melamar tu?
Isteri : Saya cakap kat mak, “Mak, Kak Long nak kawin.”
Aku : ……..
Yang sweet-sweet aku tak leh tulis, nanti ramai jeles. Haha!
Buat sahabat-sahabat, mohon doakan kami moga pernikahan ini sentiasa di berkati dan di redhai Allah. Jemput datang ke kenduri kami nanti.
sumber: thevocket.com
p/s: jangan disusahkan nikah-nikah ni, permudahkanlah lebih berkat, ye tak? :)


Monday, June 15, 2015

PARENTING : 10 Tip Keibubapaan dari Prof Dr Muhaya


Menjadi ibubapa hebat bukanlah mudah. Banyak ilmu yang perlu kita pelajari malah perlu dipelajari sebelum memiliki anak lagi. Islam telah mengajar kita mengenai pelbagai perkara termasuklah bagaimana untuk mendidik anak-anak.
Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua tentang Tip Keibubapaan yang dipetik dari kata-kata Prof Dr. Muhaya. Terdapat 10 tip berguna untuk anda. Baca, faham dan amalkan mengikut kemampuan kita inshaaAllah.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah


Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”,

Mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang


Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha mendengar lagi Maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya


Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani


Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya


Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.


6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita

Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita

Jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.

Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama) dia…..untuk faham agamanya “.

Kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Prof. Dr. Muhaya Mohomad
Sumber: mamapeduli & cahayamentarimarketing

Sunday, June 14, 2015

WEDDING STUFF : 10 Idea Hadiah untuk Pasangan Pengantin





WEDDING STUFF : 10 Idea Hadiah untuk Pasangan Pengantin

Anda sedang berfikir tentang hadiah yang sesuai untuk kawan anda yang bakal berkahwin? Kami sediakan 10 idea untuk anda.

#1: Set kutleri

        Jika selalunya tetamu beri pinggan mangkuk, anda beri set kutleri pula.

#2: Buku resipi

Sesuai untuk rakan anda yang baru hendak belajar memasak.

#3: Mug Superhero

Kawan anda peminat Batman/Superman/Wonder Woman/lain-lain? Hadiahkan rakan anda sepasang mug untuknya dan pasangan.

#4: 'Baju Couple'

Baju couple yang dimaksudkan bukanlah baju T couple seperti dipakai pasangan remaja zaman sekarang. Jika bajet anda banyak, beli kemeja yang ada versi perempuan dan lelaki, jika tiada bajet, memadailah dengan 'Statement t-shirt' yang ada tertera 'Just Married' atau 'Wifey/Hubby'.

#5: Kad baucar Tesco/AEON BiG/mana-mana pasar raya


Tentunya pasangan yang baru berkahwin ada senarai barangan runcit yang panjang untuk melengkapkan dapur baru mereka. Berikan mereka baucar pasar raya untuk meringankan beban di bahu mereka.

#6: Sepasang tiket untuk apa-apa

Belanja rakan anda dan pasangannya untuk menikmati apa-apa yang menyeronokkan mereka bersama-sama. Daripada aktiviti mewah (water hoverboarding misalnya) hinggalah aktiviti yang agak biasa (tiket wayang).

#7: Set DVD/Blu-Ray

Pasangan pengantin baru memang jarang keluar rumah. Jika rakan anda peminat setia mana-mana rancangan bersiri, belikannya set DVD/Blu-Ray untuk rakan anda tonton bersama pasangannya.

#8: Rice Cooker
Anda tidak perlu beli yang besar pun. Cukuplah sekadar sebesar 1.2 liter. Lagipun, rakan anda sekarang baru berdua.


Sumber: ikahwin
#9: Papan Potong
Papan potong ini akan sangat membantu kawan anda buat kerja-kerja didaput. Percayalah!

#10: Duit!



Mesti kawan anda akan sangat seronok kalau hadiahnya berupa duit. Ya, duit. Pasangan baru berkahwin memang mengalu-alukan hadiah berbentuk wang.

p/s: Mahu doorgift untuk majlis anda, boleh terus ke sini. :)