Friday, February 6, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kahwin Muda





Kahwin Muda adalah seperti menjadi satu trend pula sekarang ini. Kalau dulu kahwin muda memang trend datuk nenek kita, tapi sejak 2010 ke atas, trend ni jadi balik pula semula. 

Anda nak tahu 5 Sebab yang anda perlu tahu kenapa perlu kahwin muda?

1. Tuntutan Agama

Andai sudah cukup syarat untuk berkahwin kenapa harus dilambat-lambatkan? Agama Islam menyarankan agar mempercepatkan perkahwinan kalau dah cukup syarat. Satu, ialnya sunnah meambah bilangan umat islam dimuka bumi. Paling penting, saham akhirat kita sudah terjamin andai ada anak soleh membesar nanti. 

Kelebihan nikah ~

Saat akad nikah - dapat pahala!
Saat suami peluk isteri - dapat Pahala!
Cium Isteri - dapat Pahala!
Suami kerja untuk dapat rezeki halal - dapat pahala!
suami pegang isteri - dapat pahala!
suami imamkan isteri - dapat pahala!


2. Mengelak dari zina

Siapa tak tergoda dengan banyak dugaan zaman moden begini. Iman kita taklah tebal mana kalau nafsu sudah melonjak-lonjak mahu buat banyak perkara sejak dari sekolah lagi. Kalau ikut ideologi mahu sempurna semua, ada rumah, kereta, kerja tetap. dah tentu tahun 2015 ni mahu umur 30 tahun baru dapat kahwin. Orang sekarang, tak pegang tangan tak sah, tak tonton wayang midnight tak sah, tak balik tengah pagi tak sah. Solutionya, kahwin saja cepat-cepat. 

3.Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Kalau dah berkahwin, kita jadi lebih komitmen, lebih ada sebab untuk tahu apa future kita, motivasi untuk lebih kedepan. Kalau selama ni ada satu ibu bapa, lepas ni ada dua.

4. Dapat Membaiki Diri

Turning Point dalam kehidupan ada kalanya bila sudah berkahwin. Kalau sebelum ni lebih pentingkan diri, panas baran, pemalas, sikit-sikit dapat dikikis bila dah beristeri atau bersuami. Isteri dah rajin masak, berkemas, dan solat pun sudah berjamaah.


5. Fikiran Lebih Matang

Kahwin buat kita jadi lebih matang. Kalau dulu tak berwawasan, sekarang kita lebih mahu ada macam-macam untuk keselesaan keluarga. Dapat kurangkan masa melepak dengan rakan dan gantikan dengan perkara lebih baik!

So, apa lagi jom kahwin muda!

No comments:

Post a Comment