Saturday, February 21, 2015

TheMoonsGallery : TMG 1st Outlet is Opening March 2015


Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah kami dah selesai dengan urusan mendapatkan outlet pertama themoonsgallery kami ni.
Setelah mencari cari kawasan yang strategik akhirnya jumpa juga yang paling sesuai. Outlet ini bertemakan 

WEDDING CAFE + VENDORSHOP

Kami jadikan kedai ini sebagai tempat online boutique untuk semua online-online shop yang berminat untuk display barang mereka. Outlet TMG ini beroperasi sepenuhnya
mulai Pertengahan Mac ini di:

No 3/01, Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang

atau landmarknya: 2 Kedai Bersebelahan dengan Ambank Taman Bukit Dahlia, kedai atas Carwash Z&Z, Tingkat 1. Betul-betul berhadapan dengan Hospital KPJ Penawar, Pasir Gudang.

Tempat memang sangat strategik. Jikalau ada yang berminat juga nak menjadi salah satu daripada vendor kami, boleh sms terus ke 0197481004. Kami akan buat saringan terlebih dulu.

InsyaAllah ini akan jadi tempat lepak paling syiokkk untuk korang cuci-cuci mata dan rileks-rileks sambil tengok tingkap tu. Hehe.




15 Tips Kahwin Bajet Murah

Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.
Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.


1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan. Selain itu, tarikh juga mainkan peranan. Sekiranya anda menempah servis kahwin pada hari yang tidak sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan sewaktu cuti persekolahan, harganya juga boleh dirunding dan lebih murah dari waktu yang sibuk.
6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.

8. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CDlagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah
11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG.Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!
15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika 'terlebih' atau 'terkurang'.
Source: ikahwin


Monday, February 16, 2015

Doorgift 2015 : Honey Jar Doorgift Menarik!


Doorgift Honey Jar ni pasti buat anda cair melihatnya. Comel kan?

Honey Jar ni merupakan salah satu doorgift kami untuk tahun 2015 ini. 

Sekali dengan cloth + rope + jar+ honey +free tag 

nak tahu harganya berapa?

Ada 2 jenis tau, satu 40 ml & 60 ml.

Ini senarai harga untuk honey Jar:

HONEY JAR 40ML PRICE:
100-300pcs : RM3.50
301-600pcs : RM3.40
601-999pcs: RM3.20
1000pcs above: RM3.00 

HONEY JAR 60ML PRICE:
100-300pcs : RM4.00
301-600pcs : RM3.80
601-999pcs: RM3.60
1000pcs above: RM3.50 

Cun melecun! Harga pun murah. Kami letakkan semua harga pada kadar berbaloi-baloi tau! 

SMS 0107060811/0197481004 untuk tanya kami. 
whatsapp pun boleh cuma save +6 untuk detect whatsapp kami. 
Tq!





5 Tips Urus Duit Dalam Hidup Anda

Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita adaptasikan prinsip kewangan dalam kehidupan seharian. Namun masih ada juga malas mengadaptasikannya. Nak tahu konsep asas dalam mengurus dan mengawal kewangan? Jom Baca 5 tips urus Duit dalam Kehidupan kita!

TIPS 1: TENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA
Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita dan kemana ia hendak digunakan. Contohnya, mungkin ada antara kita yang mahu

1) sambung belajar
2) membeli rumah
3) berkahwin
4) berbulan madu
5) perbelanjaan rumahtangga
6) pendidikan anak-anak
7) mengerjakan ibadat haji
8) perbelanjaan waktu persaraan



Jelasnya disini, ialah kita telah nampak matlamat kewangan kita nak buat apa dengan duit. Bila sudah tahu matlamat, dah tentu kewangan lebih teratur dan terancang. Seterusnya, kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita capai matlamat kita. Sama ada jangka pendek, panjang atau sederhana. Contohnya mahu mengerjakan ibadat haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi, kita harus lakukan simpanan yang lebih dalam akaun tabung Haji demi untuk capai matlamat kewangan.

TIPS 2: MENGAWASI TABIAT BERBELANJA

Inilah masanya untuk kita pantau dan awasi tabiat belanja kita. Yang penting kita perlu semak semula kemana perbelanjaan kita habiskan dan belanjakan. Adakan ia akan cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ia berdasarkan kehendak, ia akan menyebabkan kita gagal menyimpan, Tabiat ini harus segera diubah!



TIPS 3: MENULIS RANCANGAN ATAU PELAN PERBELANJAAN

Ramai yang telah tahu akan konsep ini tapi masih ramai juga yang malas mengamalkannya. Ramai yang dapat saja duit gaji, perkara pertama yang dibuat ialah membayar hutang! Kemudian, nampak saja duit, terus berbelanja sepuas-puasnya sampai lupa untuk menyimpan. Bagi mengelak perkara ini, sepatutnya kita perlu tulis dan rancang perbelanjaan. Bila saja kita terima gaji atau pendapatan bulanan, kita perlu menulis kemana  ia dibelanjakan. Jadi bila tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita tahu arah tuju wang dibelanjakan.



TIPS 4: MENYIMPAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERBELANJA

Maksudnya ialah setiap kali dapat gaji bulanan, perkara pertama yang diutamakan ialah buat simpanan dulu, kemudian baru bayar hutang. Tapi malangnya, banyak daripada kita, terima saja duit gaji, terus guna untuk bayar hutang! Tapi bila mahu buat simpanan pula, dikecualikan! Simpanan akan dilakukan apabila ada duit lebihan. Ini salah sebenarnya.



TIPS 5: PERBELANJAAN ISI RUMAH

Beli secara borong! Contohnya kalau biasa belanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian borong mungkin bernilai RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di hypermarket yang menawarkan harga lebih rendah bila beli dalam kuantiti yang banyak. Buat perbandingan harga.

Sunday, February 15, 2015

The Moons Gallery and Doorgift - 1st in Malaysia Specialize in Doorgift Items: Doorgift Murah - Tasbih Yasin Set Plastik

The Moons Gallery and Doorgift - 1st in Malaysia Specialize in Doorgift Items: Doorgift Murah - Tasbih Yasin Set Plastik: Assalam semua, alhamdulillah dah selesai deliver banyak order sebelum pejabat pos tutup minggu ni 19-20 februari ni. Untuk minggu depan...

Doorgift Murah - Tasbih Yasin Set Plastik


Assalam semua, alhamdulillah dah selesai deliver banyak order sebelum pejabat pos tutup
minggu ni 19-20 februari ni. Untuk minggu depan punya penghantaran, last memang semalam 14 februari, so kena lahhh kami settlekan semuaaaa order dalam minggu lepas juga. 

Fuhh, berpeluh kejar mengejar deadline tau. 

Ni, kami nak kongsikan sedikit gambar dari order yang baru siap.
Tasbih dan yasin set.


Selesai deliver pada Nurul Huda untuk majlis pernikahan dia dengan Benjamin. Cun melecun 
kalau tengok pegang sendiri set ni. Kami serius suka.

Untuk set ni, ada 2 jenis, sebab kadang-kadang orang ada request nak readymade sbb nak cepat, kadang ada juga request nak customade macam Nurul huda atas ni. So, ini senarai harganya:

Yasin Readymade +Tasbih : RM2.50
Yasin Customade + Tasbih : RM3.00


Kalau berminat, boleh juga ushaaa-ushaa set-set doorgift kami yang lain-lain di link ini.

Sms je 0107060811/0197481004 kalau berminat. Nanti kami balas. Kalau korang pakai whatsapp, tapi tak detect nombor kami, sms je nama & order nnt kami save dan whatsapp anda balik.

Happy window shopping!



Friday, February 6, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kahwin Muda





Kahwin Muda adalah seperti menjadi satu trend pula sekarang ini. Kalau dulu kahwin muda memang trend datuk nenek kita, tapi sejak 2010 ke atas, trend ni jadi balik pula semula. 

Anda nak tahu 5 Sebab yang anda perlu tahu kenapa perlu kahwin muda?

1. Tuntutan Agama

Andai sudah cukup syarat untuk berkahwin kenapa harus dilambat-lambatkan? Agama Islam menyarankan agar mempercepatkan perkahwinan kalau dah cukup syarat. Satu, ialnya sunnah meambah bilangan umat islam dimuka bumi. Paling penting, saham akhirat kita sudah terjamin andai ada anak soleh membesar nanti. 

Kelebihan nikah ~

Saat akad nikah - dapat pahala!
Saat suami peluk isteri - dapat Pahala!
Cium Isteri - dapat Pahala!
Suami kerja untuk dapat rezeki halal - dapat pahala!
suami pegang isteri - dapat pahala!
suami imamkan isteri - dapat pahala!


2. Mengelak dari zina

Siapa tak tergoda dengan banyak dugaan zaman moden begini. Iman kita taklah tebal mana kalau nafsu sudah melonjak-lonjak mahu buat banyak perkara sejak dari sekolah lagi. Kalau ikut ideologi mahu sempurna semua, ada rumah, kereta, kerja tetap. dah tentu tahun 2015 ni mahu umur 30 tahun baru dapat kahwin. Orang sekarang, tak pegang tangan tak sah, tak tonton wayang midnight tak sah, tak balik tengah pagi tak sah. Solutionya, kahwin saja cepat-cepat. 

3.Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Kalau dah berkahwin, kita jadi lebih komitmen, lebih ada sebab untuk tahu apa future kita, motivasi untuk lebih kedepan. Kalau selama ni ada satu ibu bapa, lepas ni ada dua.

4. Dapat Membaiki Diri

Turning Point dalam kehidupan ada kalanya bila sudah berkahwin. Kalau sebelum ni lebih pentingkan diri, panas baran, pemalas, sikit-sikit dapat dikikis bila dah beristeri atau bersuami. Isteri dah rajin masak, berkemas, dan solat pun sudah berjamaah.


5. Fikiran Lebih Matang

Kahwin buat kita jadi lebih matang. Kalau dulu tak berwawasan, sekarang kita lebih mahu ada macam-macam untuk keselesaan keluarga. Dapat kurangkan masa melepak dengan rakan dan gantikan dengan perkara lebih baik!

So, apa lagi jom kahwin muda!