Kami mahu kongsikan cara jimat kos kahwin. Rasanya memang tidak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak.Paling nak tak nak mesti nak simple meriah. Pengantin kalau boleh nak majlis meriah tapi tak mahu tanggung bebanan hutang seperti pinjaman dari bank. Kebiasaannnya, kalau nak majlis ala-ala anak raja gitu mesti kos juga meriah. Kesimpulannya, bajet perkahwinan sangat penting ditekankan ikut kemampuan kita. Maka, elakkan dari suka berhutang atau buat pinjaman yang kemudian hari menempah kesusahan, ingat perkara-perkara selepas perkahwinan itu lagi penting.
Kami mahu berkongsi sedikit panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos jimat dan rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu. Ya, pastikan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya kita dapat kenalpasti amaun bajet perkahwinan dengan baik. Bila kita sudah tahu anggaran bilangan tetamu bakal hadir, kita dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Rewang atau Gotong-Royong. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih bagus dan lebih nikmat. Kos rendah dan kita cuma perlu keluarkan duit untuk barang-barang basah malah gotong royong dapat menguatkan tali silaturahim sesama jiran tetangga. Tapi, kalau ada masalah dengan jiran sukar nak bantu, kita boleh start survey-survey katering-katering murah. Banyak je bajet-bajet makan kahwin untuk 1000 orang yang disediakan orleh katering. Ada yang masih murah cuma RM7/RM8 sekepala untuk tahun 2015 ni tau! Kita cuma perlu rajin survey sahaja dan tetapkan kalau boleh book 6 bulan sebelum majlis.
3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Ya, nak ikut memanglah seronok kerana pada cuti sekolah, sebab memikirkan ramai saudara-mara yang akan hadir dan ramai cuti. Tetapi , kita harus tahu juga yang barang ketika ini agak mahal. Atau kalau terpaksa pilih tarikh cuti sekolah, eloklah buat persiapan awal.Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
4. Guna Bunga Tiruan. Nak difikirkan cantik memanglah cantik bunga segar sebagai hantaran dan menaikkan aura majlis.Tapi harus tahu juga kosnya juga tinggi kalau ambil secara harga biasa. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lepas habis majlis, kita boleh terus guna balik sebagai hiasan rumah.
5. Tempah di Pameran Perkahwinan. Pastikan kita buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Dalam pameran ini, diskaun-diskaun hebat dan murah meriah selalu diberikan.
No comments:
Post a Comment